BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 20, 2010

Lelaki Pelindung Wanita

Saban hari permasalahan sosial sekarang seperti isu buang bayi, pelacuran, bo...hsia dan sebagainya semakin meruncing. Masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. 'Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Kita alpa bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. Maka, seeloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al-Quran:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)

Jika kita sama-sama hayati ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.

Namun, hari ini, adakah lelaki telah berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin? Ayuh kita muhasabah diri!

Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!

Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap seharusnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:

Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
Menjadi teladan yang baik.
Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.

"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.."
(At-Tahrim, 66:6)

Wahai lelaki, jika anda tahu betapa pentingnya peranan anda dalam kehidupan wanita, pasti anda sebagai lelaki tidak akan sanggup membiarkan kekasih-kekasih anda membuang 'benih' yang telah anda semai. Pasti anda tidak sanggup membiarkan ibu anda meniti hari-hari tua tanpa kasih sayang dari anda, dan pasti jua anda tidak tegar untuk menjadi dayus dengan membiarkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda dipukul, dan dibiarkan tanpa pembelaan dan nafkah.

Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin, adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita.

Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau pendapatnya. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dilakukan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.

Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)

Wahai wanita, binalah perisai pelindung dirimu!

Hakikatnya, kita mengakui bahawa wanita dan lelaki itu saling melengkapi. Jika lelaki itu memang menjadi pelindung, namun apakah kita sebagai wanita sendiri hanya bergantung pada pelindung itu tanpa mahu berusaha membina perisai pelindung diri sendiri?

Hakikatnya, perlu ada gabungan lelaki yang menjadi pelindung dan jua wanita yang utuh menghijab diri untuk melindungi dirinya. 'It takes two to tango'. Salah menyalahkan tidak akan menyelesaikan isu gejala sosial pada hari ini, malah akan menyebabkan kita hilang fokus untuk menyelesaikan masalah itu.

Lalu, bagaimana untuk wanita membina perisai pelindung?

Pertama sekali, berani untuk katakan "TIDAK" pada mana-mana lelaki yang mempergunakan, memperalatkan wanita untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bentengkan diri kita dengan hijab kerana wanita itu umpama permata yang menjadi rebutan setiap kaum adam. Biar kita tak 'glamour' dek nama yang sentiasa meniti di bibir lelaki kerana keseksian kita, tapi akhirnya menjadi mangsa mereka. Biar kita dikatakan kolot sebab tidak bergaul dengan lelaki, tapi yang penting kita pertahankan maruah kita.

Kedua, jangan biarkan diri ditindas lelaki yang durjana! Lembut biar bertempat, malu biar kena gayanya. Bersuara bila perlu, bangkit bila hak kita dan maruah kita dicabul. Islam tidak pernah menafikan hak dan kepentingan wanita, malah membela wanita dan menyanjung tinggi wanita.

Ketiga, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nasib terbela. Dengan ilmu, kita tahu mana hak-hak kita bila kita tertindas. Jangan tewas pada orang yang sewenang-wenangnya menggunakan nama agama untuk menafikan hak wanita, sedangkan Islam itu sendiri memberikan hak yang seadil-adilnya kepada wanita sebagai isteri, ibu dan anak.

Wahai Adam,

Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.

Wahai wanita,

Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.

RUMAH ITU SYURGA ISTERI….

“…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri ter...hadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…”

KELEBIHAN ISTERI…

Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa hisab dan
mengikut pintu yang disukai.
Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud…

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.”

“ Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.”
Seperti mana yang diriwayatkan oleh At Tabrani mengikut hadis Rasullah
s.a.w…

“…Sukakah aku beritahu siapa dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga? Jawab para sahabat: Bahkan kami suka. Sabda Rasullah s.a.w lagi: Iaitu tiap-tiap isteri yangbersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak.Dan apabila ia dimarahi oleh suaminya, ia menyerahkan diri untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)…”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung…
“…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah.Ganjaran ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu berrsalin, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang menyusukan anak-anaknya…
Menurut riwayat Al Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasullah s.a.w setiap teguk (satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas.

Kelebihan wanita-wanita yang mengandung…

“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa. Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabililah. Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir).”

Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya…

“ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.”

“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya.’

EMPAT GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN SYURGA OLEH
RASULULLAH SAW…

1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).

2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta menerima sahaja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang serba kekurangan dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya.

4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan dia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya yang yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar.

“…Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumah tangga dengan sabar, ikhlas dan
bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu sebagai seorang isteri dan juga ibu.”

Wednesday, October 13, 2010

alhamdulillah..terma kasih ya allah

ahamdulillah....dah dapat quarters..cuma tggu keputusan pertukaran cikgu jer..harap2 sgt dapat bertukar..amin...td..p appoitment doc...cyst still ada tp tak merbahaya....tq doc..."awk nak pregnant ke?"
"suami dah tukar sini ke?"..huhu..."mesti lah saya nak pregnant..suami tak dpt tukar..terpaksa berjauhan:..."ak pe..ada rezeki..insyaallah.."..itu la jwpn doc..huhu...mmg cikgu nak sgt bby...kdg2 rasa sedih..org len kawen tak sampai sethn dah lekat..tp kami..masih belum ada rezeki..insyaallah...allah sentiasa tahu pa yg terbaik untuk hambaNya....dan appoitment seterusnya 15hb Dec nie..huhu..en suami pun kena p jugak...doc dah bg tarikh appoiment...huhu...doa kan la yg terbaik untuk kami..:)

Wednesday, October 6, 2010

masih berfkir

erm...dah survey2..hoho...nak tukar kena top up lagi..bukan terus leh tukar..ye lakan....harga pun berbeza...mestilah kena tambah...so program menukar msh dlm perbincangan..huhu....ada rezeki tukar nnt ada la....malas la nak fikir....kena tue pun nak jual harga jatuh dah wpun baru 2 bulan..huhu...so bersabar je la...:0

Monday, October 4, 2010

kembang bermangkuk-mangkuk

hoho..baru2 nie balik kg...."yana,maikn berisi ye"-------->no komen..tp itulah kenyataan yg terpaksa cikgu terima..huhu....jumpa kwn en suami,kak yati"yana,makin comey..."--->comey ka???makin kembang ada la...hoho...mkn cm biasa jer..tp naik mendadak betul pas kawen..hoho....en suami hanya mampu tersenyum bila cerita bab2 kembang nie..hoho:(

 pic nie time couple
hoho...np pivc nie...layan je la ye..:(---->pic time tunang
cmnie lagi.....sila sengetkan kepala anda untuk melihat org yg kembang nie ye..:(

tiga zaman  yg berbeza..hoho....jd...skrg kena bersungguh2 menurunkan berat badan...bayangkan sebelum kawen 5+....dah kawen naik dekat 10 kg...jd 6+....tertekan jiwa...tue tak pregnant lagi..huuhu

tukar lagi???

erm....masih berfikir untuk tukar kereta...padahal baru 2 bulan pakai...bukan mengada2...tp keta  nie byk sgt hal...even masih dlm warranty..hhuhuhu..rasa tak syok la kan bila keta kerap buat hal..hoho...so minta pertolongan my dad untuk proses pertukaran nie..huhu....harap2 lepas la...apa2 pun keta buatan m'sia masih tetap d hati.....terjengok2 viva atau  saga..hoho....budget rendah so kena keta kecik2 je..lagi pun keta kecik kan save minyak...en suami plak selalu travel n outstation..so kena cari keta yg jimat minyak la kan..huhu....mengharapkan tiada sebrg masalah untuk pertukaran nie..huhu....penekanan sekali lg...cikgu bukan berlagak nak tukar keta cm tukar baju k...just cikgu kesian kat en suami..huhu...dia dah byk berkorban untuk cikgu..so time nie cikgu nak kena tolong dia kan...tak salah kan suami isteri bekerjasama....:)
cuba untuk tukar kpd yg lebih ok...huhu..tue pun kalau ada rezeki:)

doa2 kan la dapat tukar..hoho..kalau tak dapat terpaksa la pakai yg tue w/pun kurang selesa....:(

Monday, September 27, 2010

rezeki...

kenapa?hoihoho..td bwk balik byk barang...dr kg...dr sekolah...dr giant...huhu....beg laptop,beg sekolah,beg barang dapur,handbeg(hehe..beg jugakkan..),pastu  kotak dvd player yg baah ru dibeli..kotak juicer..jugak baru d beli setelah sekian lama teringin untuk memiliki..hahaha..puitis giler...ok...terus kpd entri.....nak dijdkan cerita..dah byk sgt brg...tekan lif...bawak masuk ckit2....settle kat situ..bab nak bwk keluar brg dr lif..hoho....sgt tragis...kuarkan beg2 dulu..konon2 kotak ringan ...lambat cki....tak sempat nak tekan open lif...lif terus tertutup terus turun...dlm tue ada dvd player ngnn juicer..huwaaaaaaaaaaa....risau tak tau nak cerita..tekan lif tak henti jugak...dah la satu lif lagi rosak..huhu.....doa tak henti2...harap2 takde org wbk lari..huhu....rm+++ dua2 brg tue..hoho.....dok terbayang dah kalau org bwk lari pa la aku nak buat..huhu....tekan lif....sampai jer tgk2 takde da pun 2 kotak tue....huwaaa...air mata dah bergenang...dada makin laju berdegup..huhu......tekan lif turun...bygkan la dr tingkat 16 nak turun bwh of course la amik masa..huhu..bukak jer pintu lif tgk ada mat bangla...terus tanya dia:nampak tak brg dlm lif?"--->nasib la dia tunjuk..tanpa diminta aku pun xplain..tak tau la dia fhm  ke tak..dia senyum ja....tiba2 dia ckp"i ingat sapa punya barang..tanggal dlm lif"--->cikgu pun wish tq sgt2 kat dia...huuhu----->moral of the story..kalau tak mmpu nak bawa byk brg naik lif sorg2 jgn buat...:)------->susah hidup berjauhan dgn suami..hoho:(