BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 1, 2011

arini hubby balik..p sehari je....nasib sehari..:)
miss my hubby....sejak pregnnt ni klu hubby xda mmg susah nak tido..hujung mggu ni my family nak dtg sini...yippie...suka sgt..rumah xsunyi.....arini my sis n my lil bro dtg dlu.....hujung mggu  ni plan nak ke melaka..ada kenduri...hotel pun dh book....dpt gak bercuti w/pun sehari...tqsm syg..

alhamdulillah...tiap2 hari dok menghitung hari..:)
esok genap 9 mggu bby ibu.....ibu doa moga syg membesar dgn sempurna dan sihat di dlm rahim ibu...xsabar tggu kamu membesar.....tiap2 hari jugak dok belek perut...betul ke pregnnt...xnmpk pun..hehe.....awal lg la syg kan...syg pun kecik lg masa ibu g teropong....tggu 10 mggu ibu jengok syg lg ye...:)
from ::babycenter


Menjelang minggu kehamilan yang ke-10, anda mungkin merasakan yang anda sedang menaiki roller coaster emosi, kadang kala merasa serba tak kena dan pada masa lain merasa amat gembira. Walaupun ini mengganggu setengah wanita yang menganggapkan mereka cekap mengawal perasaan, apa yang anda lalui adalah normal dan mungkin akan berlarutan sepanjang kehamilan. Emosi turun-naik disebabkan hormon-hormon yang menyemarak. Di penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 0.9 inci / 2.3 sentimeter. Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea. Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan. Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan jelas. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. Menjelang akhir minggu, butiran dalaman telinga sudahpun sempurna. Walaupun anda belum lagi dapat menentukan jantina fetus melalui ultrasound, alat kelaminnya sudah mula terbentuk. Kini plasenta telah cukup matang dan mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal.

Tuesday, May 31, 2011

kisah untuk hari ini

mlm ni hubby kena p outstation lg....huh....sgt xsuka okies..
smlm angin teruk sgt..pas mghrib dok melawan ngn angin smpai ke tgh mlm..smpai lembik my badan..huhu
pg ni ada sikit2 lg tp xseteruk smlm.....
pg td my mom kol my sis dpt posting sarawak..ouwh sgt terkejut..my mom n my abah pun terkejut..hhuhu
arini rasa bosan..sebenarnya byk kerja masa cuti ni.....nak mark paper..nak kna kumpul 1000 soalan pmr..huhu...tp apa pun xstat lg...baju dh macam gunung kinabalu...xlipat2 lgi..huhu....
np la pregnnt ni me malas sgt nak wat pa pun..nk mkn rasa pahit mulut....xmkn xda energy...haish..rasa jiwa kosong..ntah pa yg difikirkan pun xtau....konpius ngn diri sendiri...perasaan yg serba xkena....:(

Monday, May 30, 2011

cuti sekolah..

adoi..cuti sekolah..cuti tp dok umah jer..xlarat nak jln2..:(
cuti sekolah..me je yg cuti....hubby keje..bosannya sorg2 kat umah...
nk tanda paper exam xsmpai mood nak mark paper lg..
nk kemas umah??
en hubby xbg buat kerja umah..huhu
so..hanya menghadap laptop..fb..blog..adoi..bosan..2 mggu cmni..jenuh..:(

8 minggu

Tahniah - embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.
Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu.

from::babycenter.....

Thursday, May 26, 2011

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin...."

doa yg selalu dibaca untuk zuriat kami..
moga allah makbulkan..Allah maha mendengar...

Wednesday, May 25, 2011

sedih + gembira

sedih sbb???
en hubby balik umah sekejap je pastu kena p outstation kat sebelah pantai timur plak..
balik just tukar baju,tukar beg n tido
kesian tgk dia letih...xmau la manja sgt...:(
en hubby janji balik hari jumaat...:(
so untuk menghilangkan mood sedih en hubby p outstation si wify tergerak hati nak p jengok bby...:)
dgn tekad lepas meeting me p klinik kat presint 9...
bgtau nak scan...
dan alhadulillah...mula2 nampak kantung..dh sebak..bila doc tunjuk bby....huhu..sedih cmpur happy..air mata ni bergenang je..alangkah bahagianya klu hubby ikut p scan sekali...nnt kita p hubby ye...:)
tp......................................
rupa2nya cyst me masih ada lagi
doc ckp klu ada cyst kena maklum pada nurse time buat buku nnt...doc ckp cyst xganggu bby....berdoa n baca yasin setiap malam...tqsm doc.....:)
so...bila balik kerja dok belek ni je la...en hubby xsabar nak tgk...tggu 10 mggu bru nak p plak...
kat klinik td xdgr heart beat sbb klinik tu xda mesin pa ntah satu lagi tu..susah bebenor nak sebut...hehe
nie la hasil scan td...w/pun xberapa clear tp me nmpk ada saiz kecik je dlm kantunbng...so cute..sgt comey...:)
ibu xsabar tggu bby membesa..doa ibu moga bby  selesa n membesar dengan sempurna kat dlm rahim ibu ye syg...luv u...:)

 anugerah dr allah untuk kami..terima kasih ya allah..still small...